Friday, October 19, 2012


CUKUP HANYA SEKALI!    
“Sebelum mengharap Allah menilai kita dengan baik… 
didiklah diri menilai orang lain dengan baik terlebih dahulu. 
Yang penting bukan siapa yang kita lihat tetapi ‘siapa kita’ ketika melihatnya!”  
Maksudnya, kita akan menilai seseorang dengan fikiran, hati dan perasaan kita. 
InsyaAllah, jika kita dapat melihat sisi baik pada diri seseorang 
itu petanda fikiran, hati dan perasaan kita juga baik. Syukurlah. Namun, jika sebaliknya, berhati-hatilah…
 itu petunjuk akan kejahatan diri kita bukan orang yang kita lihat.
Begitulah dalam hidup ini, kita mesti memulakan kebaikan daripada diri kita sendiri. 
Caranya? Bermula dengan sangka baik. Lihat yang baik-baik. 
InsyaAllah, lama-kelamaan kita akan jadi baik dan mendapat kebaikan. 
Pernah diceritakan bagaimana pada suatu ketika Nabi Isa AS
 melalui seekor bangkai kambing bersama-sama para pengikutnya. 
Ketika para pengikutnya, memalingkan muka dan menutup hidup kerana jijik dan terhidu bau busuk, 
Nabi Isa sebaliknya berkata, “aku lihat bangkai kambing ini mempunyai gigi yang putih.”
Mengapa penting kita bersangka baik dalam hidup?
 Ini kerana itu akan menentukan bagaimana kita melihat atau 
menilai sesuatu perkara, seseorang atau kejadian.  Dan bagaimana kita melihat akan 
sesuatu atau seseorang, akan menentukan apa yang akan kita dapat daripadanya. 
Ungkapan terkenal dalam bahasa Inggeris, 
“ what you see, is what you get – apa yang kita lihat, itu yang akan kita dapat.”
Jika kita ingin kebaikan dalam interaksi dan komunikasi daripada seseorang,
 bermulalah dengan bersangka baik kepadanya. 
Mana mungkin kita akan mendapat apa yang baik-baik daripada jika kita mula dan terus bersangka buruk kepadanya. Jangan ‘menghukum’nya awal-awal lagi. Itulah préjudis. 
Satu sikap yang negatif yang merosakkan perhubungan yang baru bermula atau yang telah lama terjalin. 
Tidak sewajarnya kita merasa tidak suka akan seseorang tanpa asas yang kukuh dan jelas.
Orang yang sibuk ‘menghukum’ tidak akan sempat memberi kasih sayang. 
Begitulah yang pernah diungkapkan oleh orang yang bijak pandai. 
Kekadang, belum pun mula berkenalan, apalagi bercakap-cakap… 
baru melihat wajahnya sahaja, terus hati terdetik akan keburukan dan kelemahannya. 
Acapkali kita menghukum orang lain dengan ‘fail’ lama, sedangkan mungkin dia telah berubah. 
Mahukah kita kalau dihukum dengan kesalahan yang kita telah kita perbaiki berkali-kali?
Ya Allah, jahatnya hati kita. 
Siapa kita? Hamba, tuan atau Tuhan? 
Dengan ilmu dan maklumat yang sangat terbatas kita berani melampaui batas seorang hamba Allah,
 yang kaya dengan kelemahan dan kejahilan. Tuhan yang Maha Sempurna itupun pun tidak kejam. 
Allah Maha Adil, Maha Sayang… sentiasa membuka ruang untuk hambaNya
 memperbaiki diri dan membuka ‘fail’ baru. Bukankah selepas Ramadan yang Mubarak, Haji yang Mabrur…
 seseorang dijanjikan bersih dari segala dosanya yang lampau lalu menjadikannya 
seperti seorang  bayi yang baru dilahirkan?
Justeru, Allah SWT dengan tegas melarang kita bersangka buruk sesama manusia.  
Dalam al-Quran, surah al-Hujurat ayat 12, Allah menyebut tentang prasangka, yang bermaksud :
“Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu
 tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa.”
Ada orang yang sering mengeluh, malah mengutuk nasib dirinya yang malang,
 “mengapa yang buruk-buruk, sedih, gagal dan malang sering menimpa hidupku?” 
Lalu sibuklah dia menyalahkan sipolan dan sipolan, itu dan ini… 
semuanya tak kena. Padahal, yang tak kena itu acap kali dirinya sendiri. 
Dia yang memandang gelap, buruk dan busuk dalam hidup… 
lalu dia terpaksa menuai apa yang disemai!
Saya teringat satu cerita lucu bagaimana seorang perompak yang telah merompak  sebuah rumah. 
Kejadian itu disedari oleh tuan punya rumah yang tidur di tingkat atas. 
Walaupun begitu dia tidak berani melawan kerana perompak itu bersenjata. 
Cuma sebelum perompak itu keluar dengan barang-barang rompakannya, tuan rumah berkata, “ sebelum kamu pergi jenguklah isteri saya yang berada di tingkat  atas… 
dia telah menunggu kamu selama 15 Tahun.”
Apa maksudnya lelaki itu? 
Maksud lelaki itu, selama 15 tahun isterinya dalam keadaan bimbang, 
takut dan sentiasa bersangka buruk yang rumah mereka akan dirompak. 
Dan kali ini apa yang disangkanya itu telah benar-benar telah terjadi. 
Ya, walaupun itu sekadar sebuah cerita… 
tapi realitinya memang berlaku dalam hidup ini.
Allah mengingatkan kita melalui sebuah hadis Qudsi: 
“Aku bertindak sebagaimana sangkaan HambaKu. 
Dan Aku akan selalu bersama hambaKu jika dia mengingatiKu.
 Kalau dia mengingati-Ku didalam dirinya, Aku mengingatinya dalam diriku. 
Apabila dia mengingatiku di khalayak ramai, Aku mengingatinya di tengah khalayak
 yang lebih ramai lagi (para malaikat dan seluruh makhluk).”
Namun, perlu diingat bahawa sangka baik perlu diimbangi oleh sikap berhati-hati. 
Sepertimana perlunya bersangka baik, begitulah juga kita perlu berhati-hati. Jangan lurus bendul. 
Kita mesti bijak agar sifat sangka baik itu tidak dieksploitasi dan dimanupulasi
 oleh musuh atau orang yang berkepentingan. 
Apa itu sikap berhati-hati? Itulah usaha kita mencari fakta, dalil,
 ilmu dan bukti yang berkaitan dengan seseorang, sesuatu perkara atau peristiwa.
Sikap berhati-hati juga dibina oleh pengalaman. 
Apabila ilmu, fakta, dalil dan pengalaman bergabung maka terbinalah sikap matang dalam bersangka baik. 
Kita bersangka baik, tetapi tak mudah untuk ditipu dan dikhianati. 
Sikap berhati-hati dan belajar daripada pengalaman ini sangat penting agar sikap 
bersangka baik kita tidak diputar-belitkan, dikhianati dan diperalatkan oleh orang yang berniat jahat.
=> Jika kita berdepan dengan seseorang yang sudah punya rekod buruk, reputasi negatif serta kita pernah mengalami pengalaman-pengalaman yang pahit akibat angkaranya, jangan bersangka buruk… tetapi berhati-hati. Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali. Berilah peluang untuk dia dipercayai, dan pada kita sendiri untuk mempercayainya… namun jangan jatuh dalam ‘lubang’ yang  sama dua kali atau berkali-kali.
 Ingatlah pesan Nabi: Seorang mukmin tak akan jatuh ke dalam satu lubang dua kali!”


Tuesday, August 14, 2012

marhaban ya Ramadhan :)

Alhamdulillah, masih bernafas, 
dan masih berpeluang menjadi tetamu Ramadhan pada tahun ini. 
Alhamdulillah, ia bukan perkara yang mudah, 
kerana ada insan yang sudah hampir dengan Ramadhan namun di"jemput" 
terlebih dahulu sebelum sempat menjengahnya. Oleh itu, 
bagi diri aku yang mampu menjejak ke Ramadhan, 
ia adalah suatu rahmat yang perlu disyukuri,alhamdulillah :)

Ramadhan yang datang dengan seribu 
satu rahmat dan nikmat, mengurangkan beban dan penat. 
Aku sendiri tidak tahu bagaimana mengungkap rasanya, 
namun Ramadhan seakan datang menjadi teman disaat 
diri ini masih tercari-cari sinar hidayah Allah.
Dia datang dengan rahmat dan kasih sayang yang 
mendamaikan hati dan perasaan.
Aku dapat rasakan Ramadhan kali ini 
tak seperti Ramadhan yang sebelum ini
yg telah banyak disia2kan sewenang2nya :'(

Bila Ramadhan datang dengan rahmat dan keampunan, 
kemustajaban doa dan permintaan, 
keseorangan bukanlah lagi rintihan. 
Kerana Ramadhan yang datang benar-benar
 menjadi peneman dan pengubat kerinduan. 
Ya ALLAH, selama ini, memang terlalu daif hambaMu 
dari merasai hadiahMu yg terlalu istimewa ini..

Ramadhan,
seakan teman yang berbicara
tentang kesabaran dan ketabahan
mengubat hati yang hampir retak
tapi syukur, masih Kau izinkanku bertamu di RamadhanMu :)

Sepuluh hari permulaan puasa ku mengharapkan rahmat dari Allah, sepuluh hari mendatang ku mengharapkan maghfirah dan sepuluh hari di penghujungnya ku mengharapkan kebebasan dari api nerakaMu,amin :) 

Ramadhan,
Jika dulu aku sia-siakan kedatanganmu,
Kini aku menghargai kedatanganmu,
Setiap harimu, tak ku biarkan ia berlalu begitu sahaja,
Biarpun walau sedetik,
Ku alunkan irama merdu kitab Kalamullah,
Bait-bait indah ku hayati satu persatu,
Helaian demi helaian,
Terasa damainya hati,
Tatkala irama merdu itu berkumandang..

Ramadhan,
Jika dulu aku sia-siakan pemergianmu,
Kini pemergianmusehari demi sehari ku tangisi,
Aku akan rindukan saat-saat indah bersamamu ya Ramadhan,
Aku akan rindukan solat sunat Terawih,
Aku akan rindukan taddarus al-Quran,
Aku akan rindukan malam Lailatul Qadar,
Aku rindukan siang dan malammu ya Ramadhan,
Rindu akan siangmu untuk berpuasa,
Rindu akan malammu untuk berterawih,
Rindu akan siang dan malammu untuk menggandakan pahala..


Ramadhan,
Andai aku diberi peluang,
Melayari hari-harimu yang mendatang,
Tidak akan aku persiakan,
Akan ku penuhi hari-harimu,
Dengan amalan yang berlipat kali ganda..
InsyaAllah :)

"Puasa itu sebahagian daripada kesabaran."

*******************
“ Ya Allah Sesungguhnya aku bermohon kepadaMu iman yang menggembirakan hatiku dan keyakinan yang sebenar-benarnya sehingga aku mengetahui ia tidak mengenaiku melainkan apa yang Engkau tuliskan bagiku dan Redha daripada Engkau dengan apa yang Engkau bahagikan kepadaku, Engkaulah pengawalku dunia dan akhirat, matikanlah aku dalam Islam dan pertemukanlah aku dengan orang-orang yang soleh”

Saturday, July 7, 2012

cinta Allah lebih utama :)

ASSALAMUALAIKUM
Terima kasih Ya Allah atas kekuatan yang kau berikan untukku dan juga kepadanya.
Sesungguhnya kaulah cintaku yang abadi :)

Dalam mengejar redha Allah, perlunya kita melakukan pengorbanan.
Perlunya kita berdoa agar Allah menunjukkan jalan yang benar kepada kita.
Memudahkan perjalanan kita menuju keredaanNya.

Kini, Allah telah memakbulkan doa aku dengan memberikanku
 kekuatan ini yang semestinya amat berat pada mulanya.
Tapi aku yakin pasti tersembunyi saat bahagia
 apabila kita mengorbankan sesuatu demi mencapai reda Allah. InsyaAllah.

Jika benar kita cintakan seseorang, sepatutnya kita perlu 
menyelamatkan dia daripada murka Allah dan neraka Allah.
Oleh itu, tinggalkan dia demi kebaikan bersama.
Sekarang bukannya waktu menagih cinta pasangan yang haram.
Teguhkan dahulu cintamu terhadap Allah.

Kami percaya jika sudah tersurat jodoh kami,
 kami tetap akan bersama suatu hari nanti dalam satu ikatan suci, pernikahan.
Yang lebih berkat dan diredai olehNya.
Tidak perlulah bercouple kerana kita semua tahu couple itu haram.
Yang mana perlu dikejar.
Cinta ALLAH atau MANUSIA ?
Renung-renungkanlah.
Dan perlahan-lahan kita akan menyedari  
bahawa selama ini kita berada pada jalan yang salah.


Jikalau hati kita asyik mencintai dan merindui seseorang, 
di mana letaknya Allah di hati kita ?

Ya Allah, berikanlah kekuatan kepadaku agar terus berada di jalanMu.
Peliharalah hatiku ini daripada segala perasaan yang haram.
Dan suburkanlah cinta kami terhadapMu Ya Allah.
Aamiiin Ya Rabb.


* Peringatan untuk diri dan rakan-rakan. 
Semoga kita mendapat hikmah daripadanya. InsyaAllah :D

Tuesday, July 3, 2012

sudikah kau menerima penyesalan cintaku?

Untukmu, yang pernah singgah di hatiku, 
dan kini menjadi sebahagian daripada masa laluku. 
Maafkan aku, atas semua  kebodohanku, 
yang pernah mengagumimu, yang pernah membiarkan 
perasaan ini berkembang, sehingga kau pun dengan 
mudah menyusup ke hatiku, menyemai benih-benih harapan dan janji, 
di atas nama cinta yang seharusnya
 belum layak tumbuh dan berkembang di sana.

Maafkan kebodohan hatiku, 
yang begitu mudah percaya semua yang kau tuliskan di atas sehelai janji, 
dan ketika ini janji-janji itu kau hapuskan begitu saja. 
Hatiku yang serapuh kaca in berkecai, 
pecah dan menjadi kepingan-kepingan luka dan kecewa.
Namun dengan sisa-sisa kekuatan yang ada, 
aku kumpulkan serpihan itu dan meletakkannya di dalam bilik hati ini, 
menyimpan dalam lautan doa dan istighfar 
atas kesedaran akan semua kuasa dan ajaran-Nya, 
membuatku tahu bahawa  janji itu belum layak hadir di antara kita, 
kerana kau tidak layak untuk mendapatkan izin untuk menulisnya, 
selain sekirannya apabila kita telah
 berikrar di atas “AKAD NIKAH’‘. 
Itulah janji yang seharusnya hadir di antara kita.
Maafkan untuk kelemahan akal dan fikiranku, 
yang pernah membiarkan hadirmu menguris semua rasaku, 
mengisi hati dan fikirku dengan bayangan-bayangan indahmu, 
di atas nama cinta
Cinta yang tak seharusnya ku 
biarkan hadir mengusikku iaitu bersama hadirmu.

Namun kini, semua kesalahan itu telah mampu ku
tebus, InsyaAllah.  Aku kini mampu mengusir 
bayanganmu dari lubuk hatiku ini. 
Meskipun tak dapat ku nafikan bahawa hadirmu 
ke dalam hidupku pernah menjadi sebahagian 
memori terindah dalam hidupku, kerana dengan kehadiranmu 
lah aku mampu menyedari kebodohanku, 
dan dengan hadirmulah aku mampu membaca 
kembali apa yang telah di ajarkan-Nya
Dan dengan hadirmu lah, aku dapat membezakan mana yang boleh, 
mana yang jangan, dan mana
 yang belum layak ku raih.
Kini, yang ada adalah rasa syukur 
kerana pernah mengenalmu di masa lalu, 
meskipun aku telah mampu mengantikan hadirmu 
di masa lalu dengan hadir-NYA, namun harus
 aku ucapkan “ Terima Kasih” padamu, 
keranamulah aku mencari dan merasakan indahnya
 CINTA yang sudah di ajarkan-NYA. Cinta sejatiku...


Belajarlah melepaskan... 
serah dan pasrahlah kepada kekuatan Allah bukan pada kekuatan kita. 
Ketika bertembung dengan halangan yang sukar, 
atau setelah segala usaha telah menemui jalan buntu, 
binalah harapan dengan menyerahkan segalanya kepada Allah. 
Pada detik itulah selalunya terbuka jalan, 
terserlah penyelesaian. Let go, let GOD!
Aku tak pernah membencimu,
Aku tak pernah menyesal dengan kehadiranmu dulu,
Dan aku tak pernah mampu melupakanmu, 


meskipun dirimu kini hanya jadi sebahagian dari MASA LALUKU.
“Kerana terlalu banyak HIKMAH yang kudapatkan 
saat kau hadir dan berlalu dalam kehidupanku.”



Wednesday, June 27, 2012

the best adventure in my life!


assalamualaikum,
harini baru terasa nak menulis 
di dalam blog aku ni
skrg ada kelapangan masa sikit
so aku pun apa lg mengonline 
lah kejanyaaa~ hekhekehek

aku skrg sah bkerja sbg 
pembantu di bhgian perkhidmatan kat
lembaga kemajuan wilayah pulau pinang (PERDA)
around 15minit je dari rumah aku
selamat dekat masuk pukul 8pg-5ptg
mmg terbaik! 

tmbh lak kondisi badan yg tak
berapa nk sihat 
gara2 berafting dari hari sabtu-isnin baru2 ni..
serius walaupun sakit2 badan tp 
puas hati dgn semua aktiviti yg djalankan.. =)
tak serik! *mak aku kata,kekeke..

water confident..
en shahril sempat lg pozing!! hahaha..

night walk sampai 2 pagi lebih..
aktiviti menganyam atap guna daun nipah! 
game cari botol sambil tutup mata! hehehe..
part adi taleh blah.. hihihi..
aktiviti mencari biji timah =)
kalau juai ni leh jadi jutawan aku! hahaha..

mandi air terjun! sejuk gila kot..

bbq! kesian time2 ni lah karen takdak..
makan dalam gelap! mmg candle light dinner lah :p

jungle trekking! en latip excited
jogging dalam2 hutan nih,kekeke..

macam badak berkubang!
errr,tak dapat bayangkan betapa 'wangi'nya  bau lumpur tu!

main futsal berapi! 1st time main,best2..

part ni paling taleh lupa! =)

hopefully next sem dapat join kayak lg,hehehe =)

Thursday, May 10, 2012

2 bulan menyepi n_n

assalamualaikum,pagi ni baru bpeluang untuk 'update' 
blog aku yg dah lama bsarang selama 2bulan ni,hehehe.. 

alhamdulillah,semuanya bjalan dgn lancar di sini..
aku semakin aktif pd sem 2 ni.. =)
sebab apa lama tak update blog? 
sebab aku ada komitmen lain utk dberi lbh phatian..
join pembantu pelajar minggu suaikenal (ppms) utk batch akn datang,
join dabate untuk wakil kelas *walaupon takdak pglaman dalam bdebat,
insyaAllah seterusnya akan m'join utk mjadi fesi bg kelab SIFE..
hopefully dapatla yg ni,amin3...

ppms? 
satu program yg aku kira mcabar mental + fizikal jugakla
kerana ppms mjadi duta kpd universiti
 masyarakat akan pandang
watak kita,
sikap kita,
pergaulan kita,
cara kita buat kerja,
semua mereka akan dpandg..
harap2 aku dapat buat yg tbaik sbg seorg ahli ppms,amin..

tak dnafikan
cabaran + ujian akan datang
 nnt jadi kena kuat hadapi semua ini..
tambah pulak bulan depan dah nk final exam..
killer subjek LAW!
kena pastikan tak dapat c dan ke bawah..
subjek2 lain pon sama jugak
jgn ada yg fail.. amin ya Rabb..

Ya Allah bantulah aku dalam menuntut ilmuMu,amin...









Tuesday, March 27, 2012

I will keep in touch with u untill the end =)

:  we meet accidentally, is PLANNING of ALLAH ..
:  We have been friends for so long last, the PLANS of Allah too ..

:  We are given TASTE LIKE to each other, Allah have giving it to US ..
:  We are still TOGETHER for a long time, Allah have arranging it to US ..
:  We EDUCATE and respect bestowed because, Allah love US..
:  We are far away to reach HIS pleased, too, that HIS PLANS ...
:  We SUPPLICATING to HAPPINESS, also Allah have pistiling in our hearts ..


and know, whether our relationship will b PERPETUAL..
up to PARADISE ROAD MIDDLE cut, in which ALLAH also willdetermine ...
so, do not worry ..
if you are prescribed marriage decrees to ALLAH in my life,
ALLAH willing, we will EMIRATES, though separated by distance and time ... ♥ ♥ ♥

* Alhamdulillah,thanks Allah for the mercy of happiness <3



Thursday, February 23, 2012

here we go =)

assalamualaikum kpd suma yg mengikuti
pkembangan kisah aku dlm blog ni..
akhirnya dpt jgk luangkn masa utk tulis dlm
blog aku yg dh lama bsarang nih,hehehe..

ok sblum kita cita pasai latest entry ni nk jgk aku
kgsi pasai sem baru aku di unimap ni..
stat mggu ni dh masuk smggu aku kt sini 
memulakan sem baru sbgai student International Business (IB)
 utk sem kedua =) 
pointer pon ok jd xyah kna repeat,alhamdulillah..
suma ni berkat doa parent aku & pertolongan Allah jgk,
trma kasih..
ok tu je yg nk kgsi utk permulaan sem ni,hehe..

ok kita truskan dgn agenda kita =p
act nk cita pasai kenangan
yg paling aku xleh lupa sepanjgn tahun 2012
 ni dmana abah tlh menunaikan
jnji utk mbawak kami 1 family ke ngra eropah..
even 4 org lg taleh ikot atas sbb2 yg xdpt dielakkn..

hurm,act bnda ni dh plan lama
tp last2 minit tpksa tukar plan coz
fmly aku ni kalo plan last minutes baru nk jd,hehehe..
kalo plan awai2 cmform xjd pya =)
jd tulah 'keistimewaan' family aku ^_^

akhirnya tanggal 4 februari 2012 menjadi
detik indah bg aku coz 1st time menjejakkn kaki
di ngra eropah yg agak tkenal di seluruh dunia
iaitu LONDON,alhamdulillah..


1st day at london..
                                                   angan2 tu nk p mlwat bukingham palace
tp apakan daya 3hari 2mlm
kt kota london tu
mmg 1jgka masa yg singkat sgt
jd tpksa smpan angan2 tu dlm ati je =(

smpat take pic board ni je,huhuhu..jdlah walaupon xdpt p kn +_+
xpelah kalo pnjg umo n Allah bg kesempatan lg
utk ke sana boleh la pegi lg,insyaAllah...

 sampai london dgn takdak tourist guard suma
melilau cari hotel premier inn
tah kt mana hotel tu
katanya tgh2 kota london tu..
suhu time tu aku agak dlm -2 cmtu kot
kaki aku dh kebas =(

lastly org dlm kt hotel tu yg mjemput kami,hehehe..
msuk blik,tgok katil bummm! tido <3

mlm tu,nmpk mcm ada bnda putih2
terbang kt tingkap tpikir jgk menatang pelah
yg ada kt luar time tgh sejuk2 ni
rupanya salji!!
 teruja aku =)
1st time nmpk dpn mata so mmg peqaklah..
mlm tu jgk around kol 11 mlm
g main salji dgn adik aku,syamim..
katanya kt london dh 3thn xtrun salji
jd time kami p, mlm tu salji trun,btuahnya rasa..
~rahmat Allah,syukur~ 

indahnya time ni walaupon sejuk mcm duk dlm peti ais yg beku tu.. =)

gmbaq syamim baring ats salji xdpt dtgkp so gmbaq duduk jelah,hehe..
cian kawan excited baring ats salji tp fon aku lmbt snap gmbaq dia,hahaha..
besok tu,p jalan2 skitar london
motif : cari keychain,hehehe..
kaki kembali kebas =(
coz salji dh penuh ats kaki lima suma..

laluan train yg dh pnuh dgn salji,mgundg bhya sbnarnya coz jalan jd licin..
lg pulak pkai kasut sneeker,last2 lembik kaki aku
jalan terakhir - beli kasut lain =)
~senyum lebarrr~
kna replace suma barang yg rasa kna guna time suhu mcecah -4
 cm sarung tgn yg tebal n kasut =)


ni lah tmpt shopping 1st kami..

akhirnya suma dpt kasut baru,hehehe..
thnks mak! 
*coz mak yg tlg byrkan,nge3..
nmpk pendek lak aku,huhuhu..
 time ni nk g cari mkn
kwan abh ckp ada 1 restoran islam
yg mmg jual pure mknan islam shj
tak + dgn alkohol n arak
kdai lain suma ada tls halal tp dlm tu
ada jual arak sgla bagai,haaaiihh..
pjalanan yg pyalah jauh,mkn masa dkt sjam lebih
ke restoran Nur Muhammad =)
akhirnya smpai,lega! lapaq tketaq2 dh ni =_=
tnpa buang masa trus order nsik goreng kampung!
tu jela mknan feveret aku pon,hehehe..


mcm nsik goreng kg kt mlysia jgk kn?? sedapnya!
akhirnya dpt gak bgmbar skali ^_^

so besok tu kna rushing p
oxford lak coz kwan abh ada duk sana
kirim barang soh hntar..
mood : mls kuar coz sejuk
tp pe leh buat apa dh booking hotel kt sana
so suma pengangkutan naik

BAS!



TRAIN!
errr,mcm msuk explorace lak aku rasa,hahaha..

smpai umh kwan abah..
mkn2 jap umh kwan abh pastu check in
hotel travelodge,oxford
nicelah tmpt dia..
ni suasana dlm blik kt travelodge tu..
esok tu kna check out dh coz nk ke paris lak
dari london nk ke paris 3 jam setengah!!
argghh, bosannya!
so kna naik train khas ke sana iaitu EUROTRAIN..
mmg kna naik train ni utk ke paris dari london
 kalo xnk leh naik flight pon boleh...
smpai sana bahasa dorg mmg lain trus 1habuk xfaham
so nk xnk kna ada kenalan di sana..

nama2 daerah d paris,france..
alhamdulillah Allah temukan kami dgn bro farid
dialah jd tourist guard kmi
sepanjg di France tu..



kt sini lg sejuk temperature dia
 xsilap aku -6..
mak aii -4 pon dh
kebas kaki2 aku,cmnelah nk duk sini
abh booking apartment 3hari lak =(
gmbar apartment tu xsmpt dtgkp utk
 dpertontonkn pd awam..

mlm tu tido dgn nyenyaknya,huhu..coz
pjalanan yg agak jauh jgkla..
pg tu siap2 nk g jalan
ke mana?? hehehe..

EIFFEL TOWER! 
tmpt yg mjd mercu tanda di ngra perancis!

hurm,cntik kn..
 smpt mlwat library paling besar d france..
bntuk senibina lbry tu cm sbuah buku yg tgh dbukak.. 



cmni lah bangunan library tu,unik kn =p

 tmpt utk pilih pahlawan negara..
ditgh2 tu akn dlepaskn 2 ekor harimau,
so phlwan tu kna fight bnuh harimau utk nk jd
 pahlawan bg ngra perancis..


tmpt bsejarah dekat paris..


dorg percya tu malaikal mikail tgh bunuh setan,
nauzubillah..

next ke amsterdam..
ingtkn sini dh xsejuk tp kt sini
lglglglg sejukkkk!
-8,mmg tbaik!
salji pon still putih lg berbndg
kt london mostly dh cair..
penginapan yg t'akhir..


air sungai jd beku trus..
siap leh main ice sketting lg..

thanks for everything =)

bunga tulip!


 flight ke KLIA..


alhamdulillah slmt tiba di KLIA pukul 6.40 pg,12 februari 2012..
anyway,tula pglman merantau ngra org..
pepon btl la ckp org tua2
'walaupon hujan emas d ngri org,lebih baik hujan batu d ngri sndri'
coz hujan batu tu lah yg
lebih selesa berbandg hujan emas d ngri org =)