Saturday, July 7, 2012

cinta Allah lebih utama :)

ASSALAMUALAIKUM
Terima kasih Ya Allah atas kekuatan yang kau berikan untukku dan juga kepadanya.
Sesungguhnya kaulah cintaku yang abadi :)

Dalam mengejar redha Allah, perlunya kita melakukan pengorbanan.
Perlunya kita berdoa agar Allah menunjukkan jalan yang benar kepada kita.
Memudahkan perjalanan kita menuju keredaanNya.

Kini, Allah telah memakbulkan doa aku dengan memberikanku
 kekuatan ini yang semestinya amat berat pada mulanya.
Tapi aku yakin pasti tersembunyi saat bahagia
 apabila kita mengorbankan sesuatu demi mencapai reda Allah. InsyaAllah.

Jika benar kita cintakan seseorang, sepatutnya kita perlu 
menyelamatkan dia daripada murka Allah dan neraka Allah.
Oleh itu, tinggalkan dia demi kebaikan bersama.
Sekarang bukannya waktu menagih cinta pasangan yang haram.
Teguhkan dahulu cintamu terhadap Allah.

Kami percaya jika sudah tersurat jodoh kami,
 kami tetap akan bersama suatu hari nanti dalam satu ikatan suci, pernikahan.
Yang lebih berkat dan diredai olehNya.
Tidak perlulah bercouple kerana kita semua tahu couple itu haram.
Yang mana perlu dikejar.
Cinta ALLAH atau MANUSIA ?
Renung-renungkanlah.
Dan perlahan-lahan kita akan menyedari  
bahawa selama ini kita berada pada jalan yang salah.


Jikalau hati kita asyik mencintai dan merindui seseorang, 
di mana letaknya Allah di hati kita ?

Ya Allah, berikanlah kekuatan kepadaku agar terus berada di jalanMu.
Peliharalah hatiku ini daripada segala perasaan yang haram.
Dan suburkanlah cinta kami terhadapMu Ya Allah.
Aamiiin Ya Rabb.


* Peringatan untuk diri dan rakan-rakan. 
Semoga kita mendapat hikmah daripadanya. InsyaAllah :D

2 comments:

  1. "Demi cinta Allah yang ku kejar, kuatkan hatiku untuk bertahan, berikan ku kecerdasan akal untuk sentiasa berfikir tentang kuasaMu, hulurkan pertolonganMu di saat-saat aku hampir tewas, sinarkan nur hidayahMu untuk aku terus di jalanMu. Ya Allah! Aku memohon keampunan kepadaMu."

    ReplyDelete