Saturday, July 7, 2012

cinta Allah lebih utama :)

ASSALAMUALAIKUM
Terima kasih Ya Allah atas kekuatan yang kau berikan untukku dan juga kepadanya.
Sesungguhnya kaulah cintaku yang abadi :)

Dalam mengejar redha Allah, perlunya kita melakukan pengorbanan.
Perlunya kita berdoa agar Allah menunjukkan jalan yang benar kepada kita.
Memudahkan perjalanan kita menuju keredaanNya.

Kini, Allah telah memakbulkan doa aku dengan memberikanku
 kekuatan ini yang semestinya amat berat pada mulanya.
Tapi aku yakin pasti tersembunyi saat bahagia
 apabila kita mengorbankan sesuatu demi mencapai reda Allah. InsyaAllah.

Jika benar kita cintakan seseorang, sepatutnya kita perlu 
menyelamatkan dia daripada murka Allah dan neraka Allah.
Oleh itu, tinggalkan dia demi kebaikan bersama.
Sekarang bukannya waktu menagih cinta pasangan yang haram.
Teguhkan dahulu cintamu terhadap Allah.

Kami percaya jika sudah tersurat jodoh kami,
 kami tetap akan bersama suatu hari nanti dalam satu ikatan suci, pernikahan.
Yang lebih berkat dan diredai olehNya.
Tidak perlulah bercouple kerana kita semua tahu couple itu haram.
Yang mana perlu dikejar.
Cinta ALLAH atau MANUSIA ?
Renung-renungkanlah.
Dan perlahan-lahan kita akan menyedari  
bahawa selama ini kita berada pada jalan yang salah.


Jikalau hati kita asyik mencintai dan merindui seseorang, 
di mana letaknya Allah di hati kita ?

Ya Allah, berikanlah kekuatan kepadaku agar terus berada di jalanMu.
Peliharalah hatiku ini daripada segala perasaan yang haram.
Dan suburkanlah cinta kami terhadapMu Ya Allah.
Aamiiin Ya Rabb.


* Peringatan untuk diri dan rakan-rakan. 
Semoga kita mendapat hikmah daripadanya. InsyaAllah :D

Tuesday, July 3, 2012

sudikah kau menerima penyesalan cintaku?

Untukmu, yang pernah singgah di hatiku, 
dan kini menjadi sebahagian daripada masa laluku. 
Maafkan aku, atas semua  kebodohanku, 
yang pernah mengagumimu, yang pernah membiarkan 
perasaan ini berkembang, sehingga kau pun dengan 
mudah menyusup ke hatiku, menyemai benih-benih harapan dan janji, 
di atas nama cinta yang seharusnya
 belum layak tumbuh dan berkembang di sana.

Maafkan kebodohan hatiku, 
yang begitu mudah percaya semua yang kau tuliskan di atas sehelai janji, 
dan ketika ini janji-janji itu kau hapuskan begitu saja. 
Hatiku yang serapuh kaca in berkecai, 
pecah dan menjadi kepingan-kepingan luka dan kecewa.
Namun dengan sisa-sisa kekuatan yang ada, 
aku kumpulkan serpihan itu dan meletakkannya di dalam bilik hati ini, 
menyimpan dalam lautan doa dan istighfar 
atas kesedaran akan semua kuasa dan ajaran-Nya, 
membuatku tahu bahawa  janji itu belum layak hadir di antara kita, 
kerana kau tidak layak untuk mendapatkan izin untuk menulisnya, 
selain sekirannya apabila kita telah
 berikrar di atas “AKAD NIKAH’‘. 
Itulah janji yang seharusnya hadir di antara kita.
Maafkan untuk kelemahan akal dan fikiranku, 
yang pernah membiarkan hadirmu menguris semua rasaku, 
mengisi hati dan fikirku dengan bayangan-bayangan indahmu, 
di atas nama cinta
Cinta yang tak seharusnya ku 
biarkan hadir mengusikku iaitu bersama hadirmu.

Namun kini, semua kesalahan itu telah mampu ku
tebus, InsyaAllah.  Aku kini mampu mengusir 
bayanganmu dari lubuk hatiku ini. 
Meskipun tak dapat ku nafikan bahawa hadirmu 
ke dalam hidupku pernah menjadi sebahagian 
memori terindah dalam hidupku, kerana dengan kehadiranmu 
lah aku mampu menyedari kebodohanku, 
dan dengan hadirmulah aku mampu membaca 
kembali apa yang telah di ajarkan-Nya
Dan dengan hadirmu lah, aku dapat membezakan mana yang boleh, 
mana yang jangan, dan mana
 yang belum layak ku raih.
Kini, yang ada adalah rasa syukur 
kerana pernah mengenalmu di masa lalu, 
meskipun aku telah mampu mengantikan hadirmu 
di masa lalu dengan hadir-NYA, namun harus
 aku ucapkan “ Terima Kasih” padamu, 
keranamulah aku mencari dan merasakan indahnya
 CINTA yang sudah di ajarkan-NYA. Cinta sejatiku...


Belajarlah melepaskan... 
serah dan pasrahlah kepada kekuatan Allah bukan pada kekuatan kita. 
Ketika bertembung dengan halangan yang sukar, 
atau setelah segala usaha telah menemui jalan buntu, 
binalah harapan dengan menyerahkan segalanya kepada Allah. 
Pada detik itulah selalunya terbuka jalan, 
terserlah penyelesaian. Let go, let GOD!
Aku tak pernah membencimu,
Aku tak pernah menyesal dengan kehadiranmu dulu,
Dan aku tak pernah mampu melupakanmu, 


meskipun dirimu kini hanya jadi sebahagian dari MASA LALUKU.
“Kerana terlalu banyak HIKMAH yang kudapatkan 
saat kau hadir dan berlalu dalam kehidupanku.”