Assalamualaikum, lamanya dia menyepi,
kerana kekalutan sebagai final year student :(
takdak masa untuk menulis T_T
dan membiarkan blog ni bersawang sepenuhnya..
dalam kekalutan mengejar cita-cita,
tiba-tiba dia dihimpit oleh cinta..
Dia ingin berubah,
Dia ingin jadi seperti dulu,
Sentiasa mengingati Allah,
sentiasa takut akan azabNya,
sentiasa taat pada perintahNya,
dan sentiasa jaga batas pergaulan,
Dia yakin dan percaya,
perempuan yang dijaga oleh Allah,
pasti tidak akan membiarkan
mana-mana lelaki mempermainkan dirinya...
Namun,
takala dia merasakan dirinya
cukup bahagia dengan hidayah Allah,
Allah menguji dirinya,
Allah menghadirkan dirinya,
dengan seorang lelaki yang menuntut balasan cinta,
Dirinya dimewahkan dengan kata-kata pujian,
dengan gurindam rindu dan madah-madah cinta,
yang sebelum ini pernah meneroka hati dan jiwanya.
Dia percaya cinta dari Allah,
tapi dia lupa itu bukan caranya,
Dia alpa... T_T
Hatinya sudah tak seperti dulu,
Hatinya dilimpahi rasa rindu si jejaka,
Rindu si nafsu yang mengwar-warkan kemanisan cinta manusia,
Bukan dia tak sedar dia sudah berubah,
bukan juga dia tak sedar bahawa ketenangan hati
yang pernah dianugerahkan oleh Allah semakin menjauhi..
Dia sudah jauh dari hidayah Allah :(
Allamdullilah.
Allah menurunkan hidayah pada dirinya,
Di saat jejaka menyepikan diri seketika,
dirinya dilanda rasa berdosa,
Mengingati kembali dosa-dosa yang dilakukan,
mengalir air mata kekesalan,
Disaksikan kegelapan malam,
dia bangun untuk bersolat taubat,
Menangislah dirinya sepuas-puasnya,
Dia memohon petunjuk pada Allah,
dia ingin kembali,
kembali atas cinta..
Demi cinta Allah yang tak pernah
berpaling dari hidupnya dia nekad untuk berubah..
Namun hatinya sedikit takut akan janji Allah..
"Wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik dan begitu sebaliknya."
semoga keputusan yang diambilnya
adalah jalan yg terbaik :)
Allah lebih tahu apa
yang tebaik untuk dirinya <3